expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 15 July 2012

Acer taja Olimpik London 2012



TERAS infrastruktur pengkomputeran, Acer sebagai penaja rasmi Olimpik London 2012 menyatakan beribu komputer, pelayan dan gadjet kini beroperasi sepenuhnya.


Acer akan menjalankan tentera komprehensif peralatan komputer kritikal bagi melaksanakan pelbagai tugas merentasi setiap pelosok termasuk Pusat Teknologi Operasi (TOC), pusat media utama, kampung Olimpik, ibu pejabat Jawatankuasa Penganjur London (Locog).


Projek besar yang melibatkan 11,000 mesin Acer Veriton Desktop, monitor padat 10,500 15 inci, 1,500 komputer riba TravelMate 6593G, 1,500 skrin sesentuh dan 900 pelayan.


Peralatan kritikal berperanan sebagai tulang belakang infrastruktur bagi perkhidmatan sekurang-kurangnya 39 lokasi untuk 10.8 juta pemegang tiket, 14,700 atlet di 805 majlis medal.


Selain penyampaian komputer, lebih 350 warga kerja teknikal mahir turun padang bagi memastikan peralatan digunakan berfungsi dengan baik dan konsisten di setiap lokasi locog.


Sebagai jenama terkemuka bagi pengguna global dan perniagaan pengkomputeran, Acer berharap dapat bergabung dalam acara sukan terbesar sekaligus membuktikan perniagaan boleh menyokong projek-projek besar sedemikian.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com