expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 16 July 2012

Aplikasi iPhone, iPad digodam




LOS ANGELES 15 Julai - Penggodam Rusia dikesan berjaya memperoleh cara mudah untuk mendapatkan aplikasi iPhone dan iPad secara percuma.


Pendedahan itu, sekali gus dilihat mampu menjejaskan pereka sistem operasi mobil, iOS yang memperolehi pendapatan utama menerusi naik taraf berbayar daripada aplikasi berkenaan.


Apa yang perlu dilakukan pengguna ialah dengan hanya memuat turun sijil keselamatan daripada laman web penggodam dan menukar tatapan pada sambungan WiFi untuk gajet mereka.


Penggodam itu yang menggelar dirinya ZonD80 juga memaparkan satu video di YouTube yang mengumumkan kaedah yang digunakannya dan bagaimana untuk melakukannya.


Namun, klip tersebut didapati telah disekat semalam dan memaparkan satu pesanan bahawa ia tidak lagi wujud kerana 'tuntutan hak cipta oleh Apple, Inc'.
Menurut Huffington Post, laman web 9to5Mac yang mempunyai rekod baik dalam mendedahkan maklumat terbaru mengenai Apple mengesahkan dakwaan itu.


Katanya, ia telah berlaku ke atas beberapa gajet Apple yang mempunyai sistem IOS3 hingga iOS6.


Bagaimanapun buat masa ini, Apple mampu menarik nafas lega setelah laman web kepunyaan penggodam itu tidak boleh dilayari untuk tempoh tiga hari kerana sistem pelayannya lumpuh.


Apple tidak dapat dihubungi bagi mengulas perkara tersebut. - AGENSI

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com