expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday 17 July 2012

Bekas Presiden Panasonic meninggal dunia pada usia 99 tahun




TOKYO: Panasonic Corp. berkata, presiden keduanya yang membantu mengembangkan syarikat elektronik Jepun itu selama setengah abad dan menjadi jenama global di dunia meninggal dunia semalam. 


Masaharu Matsushita meninggal dunia pada usia 99 tahun.


Matsushita adalah menantu pengasas Panasonic, Konosuke Matsushita yang mewarisi tempat beliau (Konosuke) sebagai presiden pada 1961. 


Syarikat itu berkata, Masaharu Matsushita meninggal dunia semalam di Hospital Memorial Osaka, tengah Jepun. - AP

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com