expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday 17 July 2012

Facebook dituduh punca generasi muda ketagih judi




LONDON 16 Julai - Facebook telah dituduh kerana menjadikan generasi muda di United Kingdom (UK) ketagih judi menerusi pengenalan beberapa permainan judi mirip gaya Las Vegas dalam laman web sosial itu.


Kanak-kanak menggunakan 'syiling maya' untuk meniru cara permainan judi seperti mesin slot jackpot dan permainan roulette pada komputer peribadi dan telefon bimbit mereka.


Buat masa ini, terdapat beratus-ratus mesin slot maya dan permainan poker di Facebook termasuklah Jackpotjoy, Slotomania dan DoubleDownCasino.


Zynga yang menyumbang 12 peratus kepada pendapatan Facebook menerusi beberapa permainan popular seperti FarmVille, telah melancarkan Slot Zynga di UK bulan lalu.


Bagaimanapun pakar-pakar ketagihan memberi amaran permainan itu menggalakkan remaja untuk berfikir bahawa judi adalah perkara yang menyeronokkan dan tidak berbahaya.


Buat masa ini, Facebook mempunyai tiga juta pengguna di UK berumur antara 13 dan 17 tahun dengan minimum umur untuk pendaftaran adalah 13 tahun.


Tetapi, sejuta daripada pengguna itu dipercayai berumur di bawah 13 tahun yang menipu status usia sebenar masing-masing.


Sementara itu Dr. Carolyn Downs dari Universiti Salford, menyedari bahaya permainan judi tersebut setelah anak perempuannya yang berusia 13 tahun kecewa kerana kehilangan wang maya pada permainan Fluff Friends.


''Ini dapat membuktikan apabila kanak-kanak mula berjudi, mereka akan mula cenderung menjadi seorang penjudi tegar dan bermasalah. - AGENSI

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com