expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday 18 July 2012

'Bunyamin tidak profesional'

Bunyamin Umar



Penyokong The Red Warriors menyifatkan tindakan pemain Selangor, Bunyamin Umar sebagai tidak profesional kerana melayan kerenah pemain import Kelantan, Mohamed Ghaddar dengan kekasaran. 


Pemain itu juga hanya bersuara selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) membuat aduan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).


 “Tindakan Bunyamin yang melayan provokasi yang didakwa dilakukan Ghaddar itu tidak mencerminkannya sebagai pemain profesional, malah tindakannya menumbuk penyerang import Kelantan itu mencemarkan imej pasukan sendiri,” kata Ketua Kelab Penyokong The Red Warriors Wilayah Selatan, Faiz Amirul Mohd Fauzi (gambar) di Kota Bharu, semalam. 


“Mengapa baru sekarang dia (Bunyamin) nak mengeluarkan kenyataan. Mengapa tidak dari dulu dia menceritakan kejadian sebenar. Kita kesal kerana dia masih menggunakan media untuk menunjukkan bukti sedangkan siasatan perlu diserahkan kepada FAM. 


“Ghaddar hanya berdiam apabila menerima kekasaran daripada pemain pasukan lawan malah hanya menyambut dengan senyuman. 


“Namun Bunyamin membalas tumbukan apabila tidak tahan dengan provokasi Ghaddar. Ini mencerminkan dia (Bunyamin) bukan pemain profesional,” katanya. 


Sebagai pemain professional, katanya, Bunyamin tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan kepada media sebaliknya hanya perlu menyerahkan bukti kepada FAM dan menunggu hasil siasatan.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com