expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday 20 July 2012

Disisih kerana 70 tumor di muka















WAJAH Hongfang sebelum menjalani pembedahan.


BEIJING: Seorang ibu miskin di negara ini yang mengalami kecacatan ekoran 70 tumor atau ketumbuhan besar di wajahnya boleh tersenyum semula selepas sebuah hospital menjalankan pembedahan secara percuma. 


Li Hongfang, 40, disisih oleh orang ramai selepas sejenis kanser tulang yang menyebabkan tisu tumbuh di bawah kulitnya, menjejaskan wajahnya hingga sukar dikenali. Dia terpaksa menempuh keadaan itu yang dikenali sebagai kordoma selama hampir satu dekad kerana dia tidak mempunyai wang untuk pembedahan.


Namun, selepas penderitaannya mendapat simpati ramai di seluruh dunia hingga memalukan perkhidmatan kesihatan yang kurang baik di negara itu di mata dunia, sebuah hospital di Xi’an, ibu negeri wilayah Shaanxi di barat laut China, menawarkan pembedahan biasanya dengan kos 60,000 pound (RM296,745) secara percuma.


Hongfang, seorang petani dari Kampung Tianchao, Xianyang di wilayah Shaanxi, berkata, dia belum lagi melihat wajahnya di cermin.



















 


HONGFANG bersama suaminya melambaikan tangan selepas dia keluar dari hospital minggu lalu.


Dia berkata: Saya rasa kepala saya lebih ringan dan saya pasti kelihatan lebih baik. Saya mahu menunggu hingga bengkak akibat pembedahan sudah surut. Ia akan menjadi hadiah terbaik kepada saya,” katanya. Ketua pakar bedah, Guo Shuzhong berkata, pembedahan Hongfang berjalan lancar dan dia akan dibedah lagi bagi membuang tumor di tengkorak kepala, rongga hidung dan tekaknya.


Bercakap sebelum menjalani pembedahan, Hongfang berkata: “Saya sangat berterima kasih kepada semua yang membolehkan pembedahan ini dijalankan.” “Saya hanya ingin kelihatan normal semula seperti yang saya rasakan dalam hati. Saya bukan raksasa dan saya tidak mahu kelihatan seperti itu,” katanya. Hongfang asalnya menyangka bengkak pertama di dahinya yang tumbuh pada 2001, adalah disebabkan gigitan serangga. “Ia tidak sakit atau gatal langsung, tetapi ia juga tidak hilang dan malah, ia semakin membesar,” katanya. Bagaimanapun, ketulan itu semakin membesar dan pada 2005, dia menjalani pembedahan untuk membuangnya.


Namun, tidak lama selepas itu, lebih banyak ketulan tumbuh di wajahnya dan dia didiagnosis menghidap kordoma.


Walaupun tumor itu tidak berbahaya dan bermakna nyawa Hongfang tidak terancam, wajahnya menjadi cacat dan dia disisihkan daripada masyarakat.Hongfang hidup bersama suami dan dua anak lelakinya.


Dia berkata: “Kami tiada banyak wang, tetapi kami bahagia dan saling menyayangi antara satu sama lain dan dua anak kami. Boleh dikatakan kehidupan saya adalah baik-baik saja. Tidak lama kemudian, kesedihannya bertambah selepas suaminya meninggal dunia.


Pada 2009, dia bertemu seorang lelaki yang sebatang kara, Guo Yingping, 40, dan kedua-duanya menjadi kawan sebelum berkahwin. Dua anak lelaki Hongfang kini berusia 17 dan 14 tahun sudah meninggalkan rumah untuk bekerja.


Pada awal bulan ini, Hongfang menjalani pembedahan untuk membuang tujuh tumor di wajahnya dan dia keluar dari hospital seminggu lalu.


Puluhan juta rakyat China, khususnya yang tinggal di luar bandar tidak dapat berjumpa doktor atau mendapatkan rawatan doktor. - DM

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com