expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, 2 July 2012

Facebook, Twitter punca remaja bersikap biadab


















Melayari Facebook atau Twitter sudah menjadi sebahagian daripada cara hidup remaja masa kini. 


Bahasa kasar hasil komunikasi ringkas, pantas


LONDON: Laman web sosial seperti Facebook dan Twitter mengubah cara remaja perempuan bercakap, menjadikan mereka lebih biadab dan agresif, menurut kajian. Pakar percaya, bahasa yang digunakan wanita muda semakin pendek, tajam dan lebih berterus-terang, dengan kurang masa digunakan untuk mempertimbangkan secara berhati-hati berhubung perkataan yang digunakan mereka. 


“Bahasa golongan muda menjadi lebih berterus-terang berbanding kemungkinan ibu bapa mereka dan komuniti perniagaan kerana saluran komunikasi yang lebih biasa dengan mereka. “Mungkin itu punca mereka semakin agresif. Ia bukan disengajakan. Kurang sopan cenderung sesuatu yang pendek, tajam dan berterus-terang. Namun ada garis antara menjadi kurang sopan atau agresif dan berterus-terang,” - Jurucakap Plain English Campaign, Marie Clair.


Perubahan itu menyebabkan remaja perempuan bertindak kurang sopan, berterus-terang malah lebih agresif apabila bercakap dengan sesama sendiri dan dengan golongan dewasa.


Bahasa yang digunakan dipercayai hasil komunikasi lebih cepat di Facebook, Twitter dan emel. Ia lebih ketara di kalangan perempuan berbanding lelaki kerana mereka lebih kerap berkomunikasi.


Jurucakap Plain English Campaign, Marie Clair, memberitahu akhbar Daily Mail, penampilan kurang sopan bukan disengajakan tetapi menyatakan penggunaan internet bermakna golongan muda tidak mempunyai cukup masa untuk memilih perkataan dengan berhati-hati.


“Bahasa golongan muda menjadi lebih berterus-terang berbanding kemungkinan ibu bapa mereka dan komuniti perniagaan kerana saluran komunikasi yang lebih biasa dengan mereka. 


“Mungkin itu punca mereka semakin agresif. Ia bukan disengajakan. Kurang sopan cenderung sesuatu yang pendek, tajam dan berterus-terang. Namun ada garis antara menjadi kurang sopan atau agresif dan berterus-terang,” katanya.


Awal tahun ini, penulis Terry Pratchett, mencadangkan penggunaan Twitter dan mesej teks mengehadkan pemikiran dan perbendaharaan kata golongan muda menyebabkan mereka kecewa.


“Kanak-kanak kini kelihatan malas. Media sosial tidak membantu, begitu juga mesej teks. Anda perlu berinteraksi dengan orang lain. Jika ada perkataan menunjukkan apa yang sebenarnya dimaksudkan, anda boleh sampaikan mesej. Saya yakin ini ada kaitan tindak kasar,” katanya.


Pelakon Ralph Fiennes sebelum ini mendakwa bahasa moden terhakis, menyalahkan ‘dunia ayat dipendekkan dan Twitter.’ - Agensi

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com