SAKIT
telinga hingga kadang-kadang menjadi demam dengan telinga yang mengeluarkan
cecair kekuningan ditambah pula dengan kurangnya deria pendengaran kurang
jelas. Lebih perit, anda berasa sakit dan berdenyut-denyut.
Walaupun
ramai yang menganggap ia seperti penyakit telinga biasa, hakikatnya ia boleh
berubah menjadi satu penyakit yang kronik jika tidak dirawat.
Untuk
mendapatkan gambaran sebenar tentang penyakit ini, ikuti temu bual Pakar
Telinga , Hidung dan Tekak, Dr. Raymond Tan Suan Kuo.
Menurut Dr.
Raymond, terdapat tiga bahagian di dalam telinga iaitu bahagian luar, tengah
dan dalam.
"Bahagian
luar telinga terdiri dari pina dan saluran atau kanal telinga luar. Bahagian
dalam telinga merupakan rerongga yang bermula daripada gegendang dan
mengandungi tiga tulang kecil (stirup,anvil dan hamma). Bahagian dalam telinga
disambungkan ke tekak oleh tiub Eustachio.
Sementara
itu, bahagian tengah telinga mengandungi koklea, organ pengimbang dan
sarafnya," jelasnya yang kini bertugas di Hospital Pantai Ampang dan Pusat
Perubatan Taman Desa.
Tambah
beliau, terdapat pelbagai jenis masalah telinga misalnya, kesakitan telinga
yang mungkin berpunca daripada jangkitan tonsil, rahang atau sinus.
No comments:
Post a Comment