Amalan ibadah di Baitullah sentiasa
istimewa bagi umat islam tanpa mengira masa.
|
Rejab adalah
satu daripada Bulan Hijriah dalam kalendar Islam yang sering dijadikan tanda
bagi umat Islam untuk belajar dan berlatih puasa sunat.
Walaupun puasa sunat ini sebenarnya boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja kecuali pada hari yang dilarang dalam Islam.
Namun, secara tidak sedar sekarang mula memasuki Syaaban dan akan tiba pula Sayyidul Syahri (Penghulu Segala Bulan) yang penuh dengan keberkatan daripada Ilahi iaitu Ramadan.
Sebenarnya Syaaban juga sering dijadikan satu lagi penanda aras untuk mula melakukan ibadat khususnya puasa sunat.
Ramailah kalangan umat Islam berpuasa sebagai persediaan dan latihan untuk melakukan ibadat yang ditunggu-tunggu hampir setahun yang lalu.
Tidak dinafi
kan ramai juga yang beristiqamah dalam Rejab dan diteruskan serta
dilipatgandakan lagi ibadat sunat apabila menjelmanya Syabaan.
Bulan ini
juga mula berkumandanglah sebuah hadis yang popular sejak dahulu lagi iaitu:
“Rejab adalah bulan ALLAH, Syabaan adalah bulan ku (Rasulullah SAW) dan Ramadan
adalah bulan umat ku”.
Walaupun
ditegaskan oleh Ibnu Jauzi bahawa hadis ini adalah hadis mauduk (ciptaan)
semata-mata, namun, umat Islam masih tetap dengan penghayatan amalan tersebut
pada Syaaban.
Apa pun, amalan ibadah tersebut seharusnya tidak terikat untuk pada bulan tertentu sahaja, tetapi pada bulan yang lain bergelumang dengan dosa dan noda terhadap ALLAH SWT.
Perkara yang paling penting, umat Islam wajib bertingkah laku sebaik mungkin dengan sifat Mahmudah melalui contoh teladan Rasulullah SAW pada setiap masa.
Sebenarnya banyak lagi sunah Rasulullah SAW boleh diikuti sepanjang Syaaban ini dan Ramadan yang bakal tiba nanti.
Diriwayatkan Imam al-Bukhari dan Imam Muslim RA iaitu: Sayidatina Aisyah RA berkata: “Tidak pernah Rasulullah SAW berpuasa lebih banyak melainkan ketika Syabaan (selain Ramadan). Sesungguhnya Baginda SAW telah berpuasa sebulan penuh”.
Kemudian
Imam Ahmad dan Imam al-Nasaie meriwayatkan bahawa daripada Usman bin Zaid
pernah menceritakan bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai
Rasulullah, saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada bulan-bulan
lain seperti Syaaban.
Lalu Baginda SAW menjawab: Itulah bulan (Syaaban) di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu bulan di antara bulan Rejab dan Ramadhan, ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Oleh itu, saya amat suka sekiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa”.
Riwayat Imam al-Bukhari daripada Abdullah bin Yusof juga menceritakan bahawa Sayidatina Aisyah RA meriwayatkan: “Saya tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa sehinggakan saya mengatakan Baginda tidak berbuka, dan Baginda berbuka sehinggakan saya mengatakan Baginda tidak berpuasa, dan saya tidak melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasanya satu bulan melainkan dalam bulan Ramadan, dan saya tidak melihat Baginda berpuasa dalam satu-satu bulan melebihi dari puasa Baginda dalam Syaaban”.
Kesemua
anjuran yang dinyatakan tersebut sebenarnya mendorong umat Islam agar sentiasa
melakukan ibadat bersungguh-sungguh dengan sifat Ihsan hanya kepada ALLAH SWT.
Maka Syaaban inilah boleh dijadikan sebagai bulan latihan dan persiapan rapi untuk menggandakan ibadat umat Islam demi menjelangnya Ramadan nanti.
Janganlah sekarang ini sibuk bersengkang mata, berjaga malam dan tidur lewat untuk menonton perlawanan bola sepak Euro 2012, tetapi apabila datangnya Ramadan, ada yang tewas dan tidak mampu berbuat sedemikian demi Qiamullail, bertadarus membaca al-Quran, mengeluarkan zakat, berpuasa pada siangnya dan menjaga nafsu daripada dugaan duniawi.
Selain itu, Syaaban juga terkenal dengan satu peristiwa besar dalam Sirah Nabawiyah iaitu peristiwa pertukaran arah kiblat umat Islam.
Sesungguhnya kiblat pertama dalam Islam ialah Baitul Maqdis di Palestin yang didakwa orang Yahudi bahawa ajaran Islam ini sebenarnya menyamai dan turut mengiktiraf kebenaran agama mereka.
Fenomena seperti ini merisaukan Rasulullah SAW sehinggakan Baginda memandang ke langit beberapa kali menanti wahyu daripada Ilahi agar ditukarkan arah kiblat kembali kepada Kaabah seperti pada zaman Nabi Ibrahim AS.
Akhirnya ALLAH SWT menurunkan ayat suci al- Quran sebagai arahan pindaan kiblat dari Baitul Maqdis ke arah Baitullahil Haram di Mekah.
Bermula saat itu, seluruh umat Islam sehingga kini bersatu arah hanya menghadap Kaabah sahaja sebagai syarat utama bagi sesuatu ibadat seperti solat fardu dan sebagainya.
Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling menghadap kiblat yang engkau sukai.
Oleh itu palingkanlah muka mu ke arah masjid al- Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan ALLAH tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan”. (Surah Al-Baqarah : 144)
Secara tuntasnya, marilah sama-sama menghayati iktibar peristiwa yang besar pada Syaaban ini agar umat Islam sentiasa hebat, berkualiti dan cemerlang dalam segala aspek duniawi mahupun ukhrawi. Jadilah insan Muslim sejati yang mempunyai nilai ajaran Islam yang sebenar, tidak terpengaruh dengan hedonisme dan materialistik seperti anjuran Yahudi dan Nasrani.
Tetap teguh memperjuangkan Sinar Nur Islam dengan memperbanyakkan ibadat kepada ALLAH SWT, menjauhi segala Maksiat, gandakan ibadat Qiamullail, puasa sunat, dan solat taubat apabila menjelangnya malam Nisfu Syaaban.
Selain itu, kukuhkan silaturahim antara sesama Muslim, buangkan perbezaan yang ada serta mencari persamaan dan perkukuhkan perpaduan antara kita. Di samping, terus beristiqamah memohon keampunan ke hadrat ILAHI melalui doa, perbuatan amal kebaikan dan kebajikan serta yang paling penting jauhilah daripada sifat fi tnah-memfi tnah khususnya pada bulan yang mulia nanti iaitu Ramadan al-Mubarak.
Hadis Rasulullah SAW juga menegaskan agar jauhi dari perbuatan fi tnah-memfitnah kerana ia lebih dahsyat daripada dosa membunuh!
Bersedialah umat Islam dengan sepenuhnya untuk menyambut ketibaan Ramadan yang ada di dalamnya satu malam yang dikenali Lailatul Qadr. Lafazlah dengan ucapan selamat datang Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan al-Mubarak.
No comments:
Post a Comment