expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday 20 July 2012

Pahang layak ke Liga Super





















Pemain Pahang, Mohd Fauzi (kanan) diasak pemain Kedah di Stadium Hang Jebat, malam tadi. 


Tewaskan Kedah melalui sepakan penalti dalam playoff


Melaka: Aksi dramatik dengan tujuh penalti tidak menggegar jaring dan dua kad merah serta 11 kad kuning mewarnai aksi play-off antara Pahang dan Kedah di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam tadi.


Namun, kesudahannya Pahang melonjak gembira apabila pemain veteran Jalaluddin Jaafar menyempurnakan sepakan penalti untuk memastikan kemenangan Tok Gajah 3-2 sekali gus membolehkan mereka kembali beraksi dalam kancah Liga Super. 


Pahang perlu berterima kasih kepada penjaga gol, Wan Azraei Wan Teh yang bertindak cemerlang menyelamatkan empat sepakan penalti lawan. 


Terdahulu perlawanan itu terpaksa berlanjutan sehingga 120 minit selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 hingga tamat masa permainan sebenar.


Gol pembukaan Pahang hadir seawal minit ke-7 menerusi sepakan percuma Hafiz Kamal dari luar kotak penalti sebelum minit ke-42 Kockin Borris menambah derita lawan mereka sekali gus separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 2-0.


Tiga minit babak kedua bersambung, kapten Sang Kenari, Baddrol Bakhtiar merapatkan kedudukan untuk gol pertama Kedah sebelum sekali lagi menjadi duri dalam daging buat Pahang selepas sepakan percumanya pada minit ke-67 menghasilkan gol kedua pasukannya. 


Perlawanan yang terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan juga masih gagal menghasilkan sebarang gol sebaliknya Tok Gajah terpaksa bermain dengan sembilan pemain selepas R Gopinath dan Fauzi Rozlan dilayangkan kad merah.


Aksi hambar memaksa penentuan dibuat menerusi sepakan penalti dan Jalaluddin menjadi wira dengan gol kemenangan.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com