expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday 20 July 2012

Liga Perdana: Johor bida Riquelme


















Bekas pemain Argentina, Juan Roman Riquelme


PERSATUAN Bola Sepak Johor (PBNJ) membuat bidaan untuk menandatangani bekas pemain Argentina, Juan Roman Riquelme dalam persediaan menghadapi Liga Perdana musim depan. Presiden Johor FA yang juga Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika dipetik dalam laman Twitternya berkata, ejennya kini sedang dalam perbincangan dengan bintang Boca Juniors itu selepas dimaklumkan Riquelme tidak akan menyambung kontrak dengan kelab Argentina itu.


"Kita masih lagi dalam perbincangan dengan Riquelme. Kami masih lagi mencuba untuk mendapatkannya dan kita akan lihat keputusannya nanti," katanya.


Meskipun belum ada sebarang perjanjian di antara Riquelme dengan PBNJ, namun ura-ura mengatakan pemain berusia 34 tahun itu meminta bayaran sebanyak RM12 juta setahun jika dia menyertai Johor FA.


Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail juga turut menyatakan minat untuk mendapatkan penyerang tengah Argentina, Andres D’Alessandro (31 tahun) dan Pablo Aimar (32); penyerang Perancis, David Trezeguet (34); penyerang England, Michael Owen (34), tonggak utama Brazil, Elano Blumer (31); serta beberapa nama besar yang lain.


Sebelum ini, Tunku Mahkota Johor menarik perhatian pemerhati bola sepak negara apabila berjaya mendapatkan khidmat bekas pemain skuad Argentina, Gabriel Batistuta untuk membantunya dan Fandi Ahmad dalam pemilihan pemain  import bagi memantapkan lagi skuad itu.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com