Pemain-pemain Sepanyol menjulang
trofi Euro 2012 di Kiev, Ukraine. - Foto ihsan BBC
Sepanyol
mencipta sejarah dengan memenangi tiga gelaran utama berturut-turut termasuk
kejuaraan Euro buat kali kedua.
Sepanyol mengatasi
Itali 4-0 untuk mengekalkan gelaran Euro di Stadium Kiev, Ukraine sebentar tadi
menerusi jaringan yang berkualiti dan menarik serta menghiburkan para penontotn
di arena itu dan seluruh dunia.
Kemenangan
ini juga bermakna kerana Sepanyol muncul juara Kejohanan Eropah buat kali
ketiga. Pada 2010, Sepanyol muncul juara Piala Dunia.
Trofi
disampaikan oleh Presiden Uefa, Michel Platini di Stadium Olimpik, Ukraine yang
menghimpunkan 65,000 penonton. Ukraine dan Poland menganjurkan secara bersama
edisi Euro kali ini.
Euro 2016
akan berlangsung di Perancis.
Kejayaan
berpesta gol ini juga mengikis kritikan dan kecaman bahawa Sepanyol gagal
menyajikan persembahan yang menghiburkan kali ini.
Itali dan
Sepanyol telah pun bertemu pada perlawanan peringkat kumpulan, tetapi bilangan
gol pada hari ini sesuatu di luar dugaan ketiga ramai meramalkan Itali akan
mengatasi Sepanyol.
Bilangan gol
itu juga dilihat sesuatu 'yang malang' apabila Itali bermain 10 orang selepas
Thiago Motta terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan dialaminya. Ketika itu
Itali sudah pun membuat tiga pertukaran.
Itali
menggantikan Chiellini dengan Balzaretti pada minit ke-21, Cassano (Di Natale,
46) dan Montolivo (Motta, 56).
Sepanyol
juga menggunakan tiga pemain gantian iaitu Iniesta digantikan oleh Mata (87).
Sebelum itu,. Fabregas digantikan oleh Torres (75) dan Silva (Pedrito, 59).
Gol pertama
Sepanyol dijaringkan oleh David Silva pada minit ke-14 dan disusuli jaringan
Jordi Alba pada minit ke-41. Gol ketiga dijaringkan oleh Fernando Torres pada
minit ke-84 dan disusuli gol minit ke-88 menerusi Juan Mata.
Sepanyol
turun untuk mencipta nama sebagai negara yang memenangi tiga gelaran
antarabangsa berprestij secara berturut-turut - Euro 2008 dan Piala Dunia 2010
serta Euro 2012.
Itali pula
mahu meneruskan peningkatan prestasi selepas permulaan hambar pada awal saingan
di samping memasang impian untuk mengulangi sejarah 1968.
Senario
di arena:
90+4:
Sepanyol lakar sejarah dengan mempertahankan kejuaraan edisi kali ini. Juara
2008 dan 2012.
90: Sepanyol
terus melakukan serangan. Itali semakin hilang semangat dalam mencipta
jaringan.
89: Stadium
semakin riuh dengan sorokan penyokong Sepanyol. Itali kelihatan kecewa apabila
terus gagal menjaringkan gol.
88: Juan
Mata menjaringkan gol keempat Sepanyol
84: Gol
ketiga dijaringkan oleh Fernando Torres.
77: Sepanyol
berada dalam kedudukan ofsaid, hampir menjaringkan gol ketiga.
75: Francesc
Fabregas digantikan oleh Fernando Torres.
74:
Perlawanan semakin rancak - Itali terus terdesak mencari gol manakala Sepanyol
hampiri pertahankan kejuaraan
73: Gawang Itali cemas apabila sepanyol hampir melebarkan jurang mata-berjaya dipatahkan
71:
Penyokong sepanyol terus bersorok riang
70: Tinggal
lagi 20 minit perlawanan - kedudukan masih 2-0.
69: Sepanyol
mengawal bola - cuba mencari peluang melakukan asakan
67: Itali
semakin terdesak mencari gol - terus melakukan serangan.
65: Serangan
Sepanyol berjaya diselamatkan oleh pertahanan Itali.
64: Handball
oleh Mario Balotelli. Gerard Pique sempurnakan 'direct free kick'
62: Itali
tidak berputus asa untuk menjaringkan gol. Tendangan cuma Itali gagal
disempurnakan.
61:
Kedudukan gol Sepanyol (2) - Itali (0).
58:
Rodriguez Pedro menggantikan David Silva (penjaring gol pertama Sepanyol).
57: Tendangan
percuma kepada Itali berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Sepanyol.
56: Thiago Motta dibawa masuk menggantikan Ricardo Montolivo
55: Serangan Sepanyol berjaya dihalang pertahanan Itali
54: Penyerang Itali, Mario Balotelli nyata kecewa apabila pengadil menyatakan mereka dalam keadaan ofsaid
53: Sepanyol mula melakukan asakan untuk terus selesa di depan, namun dihalang oleh pemain-pemain Itali
51: Itali
terus menguasai perlawanan dengan melakukan serangan ke gawang Sepanyol
50:
Statistik perlawanan: 47 peratus dikuasai Sepanyol, 53 peratus oleh Itali.
50: Itali
hampir menjaringkan gol pertama namun diselamatkan oleh Iker Casillas
49: Mario Balotelli cuba menyerang tapi dihalang oleh dua pemain Sepanyol
48: Jurulatih Itali, Cesare Prandelli kelihatan gelisah di luar padang
47: Sepanyol
hampir menyumbat gol ketiga tetapi dapat diselamatkan oleh pemain pertahanan
Itali. Tendangan sudut kepada Sepanyol.
46: Itali
melakukan serangan ke atas Sepanyol-gagal membolosi gawang
46: Cassano diganti
oleh Di Natale.
45:
Perlawanan separuh masa pertama sudah berakhir.
44: Andrea
Barzagli dilayang kad kuning.
41: Gol kedua Sepanyol menerusi Jordi Alba. Itali terus tersentak dengan dua jaringan Sepanyol. Peminat Itali nyata kecewa apabila pasukannya ketinggalan di belakang. Kedudukan menjadi Sepanyol 2 di depan.
38: Perlawanan terus rancak-sepanyol selesa di depan manakala Itali terus mencari peluang menjaringkan gol
37: serangan Itali berjaya dipatahkan sepanyol-hampa untuk mencari gol penyamaan. Tendangan kencang Mario Balotelli melambung tinggi.
35 -
Statistik perlawanan: 48% dikuasai Sepanyol, 52% Itali. Ada perubahan
berbanding minit ke-30. Kedudukan masih sama 1-0, Sepanyol di depan. Sasaran ke
gawang, 6 di pihak Sepanyol dan 5 oleh Itali.
30:
Statistik perlawanan: 54% dikuasai Sepanyol, 46% Itali. Kedudukan masih sama
1-0, Sepanyol di depan.
29: Serangan
Itali gagal mencari gol penyamaan apabila di selamatkan penjaga gol Sepanyol.
26: Itali cuba mencari gol penyamaan tapi gagal apabila serangan dipatahkan pertahanan Sepanyol
25: Sepanyol melakukan asakan namun pertahanan rapuh Itali berjaya menyelamatkan daripada dibolosi kali kedua
24: Kedua-dua pasukan terus mengasak kubu masing-masing
20:
Kedudukan masih kekal 1-0
19: Gawang Itali cemas apabila terus di asak oleh Sepanyol-berjaya diselamatkan oleh pertahanan Itali.
18: Perlawanan semakin rancak dari kedua-dua pasukan
17: Itali menemui rentak-terus melakukan serangan ke atas Sepanyol. Tendangan sudut kepada Itali-berjaya diselamatkan penjaga gol Sepanyol
15: Tendangan percuma dari Itali-gagal membolosi gawang sepanyol kerana tersasar
14: Gol pertama oleh sepanyol oleh David Silva. Kedudukan sepanyol mendahului 1-0
12: Sepanyol mempamerkan aksi cemerlang-terus mendominasi perlawanan dengan asakan ke gawang Itali
11: Kedudukan masih 0-0
9: Sepanyol
melakukan percubaan pertama di dalam kotak penalti tapi gagal menjaringkan gol
awal
7: Sepanyol terus menguasai perlawanan dengan melakukan serangan bertubi-tubi
7: Statistik
perlawanan: Penguasaan permainan / bola 50:50 setakat ini
6: Sepanyol
terus mengasak tetapi dikekang pertahanan Itali
5: Tendangan
percuma kepada Sepanyol
3: Sepanyol
melakukan serangan balas ke arah gawang Itali - berjaya dipatahkan pertahanan
The Azzuri
1: Serangan awal dilakukan Itali ke gawang Sepanyol - tapi tendangan melambung tinggi
00.1: Perlawanan bermula-sepak mula oleh Sepanyol
Statistik perlawanan (Separuh masa kedua):
- Kedudukan gol: Sepanyol (4) - Itali (0)
- Penguasaan bola: Sepanyol (51%) - Itali (49%)
- Sasaran ke gawang: Sepanyol (14) - Itali (11)
- Sepakan penjuru: Sepanyol (3) - Itali (3)
- Kad kuning: Sepanyol (1) - Itali (1)
Barisan
pemain Sepanyol:
1 Iker
Casillas
17 Alvaro
Arbeloa
15 Sergio
Ramos
18 Jordi
Alba
8 Xavi
Hernandez
16 Sergio
Busquets
14 Xabi
Alonso
21 David
Silva
10 Cesc
Febregas
6
Andres Iniesta
Barisan
pemain Itali
1
Gianluigi Buffon
6
Federico Balzaretti
15 Andrea
Barazagli
19 Leonardo
Bonucci
3
Giorgio Chiellini
8
Claudia Marchisio
18 Ricardo
Montolivo
16 Daniele
De Rossi
21 Andrea
Pirlo
9
Mario Balotelli
10 Antonio
Cassano
No comments:
Post a Comment