expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday 2 July 2012

Beri merah jambu


















Perbezaan beri biru kepada beri merah jambu yang lebih manis dan disukai ramai.


WASHINGTON - Spesies baru beri biru telah dibiakkan di Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.


Ia digelar beri merah jambu kerana warnanya lebih cerah dan berbeza daripada spesies beri lain.


Bentuknya sama seperti beri biru tetapi rasanya lebih manis dan sesuai untuk dimakan begitu sahaja, atau digunakan dalam pelbagai jenis masakan dan dibuat minuman.


Ahli Hortikultur AS, mengambil masa 20 tahun untuk membiakkan beri merah jambu ini.


Daun pokok beri merah jambu itu turut berubah warna mengikut musim dan persekitarannya.


Buahnya akan bertukar kepada warna merah jambu terang, apabila ranum sekitar Ogos dan September. Biji benihnya kini telah dieksport untuk kali pertama ke Britain.


Jurucakap Suttons Seeds, Francijn Suermondt berkata, mereka tidak mempunyai buah-buahan yang berwarna terang seperti beri merah jambu tersebut.


“Ia bakal menjadi pilihan utama untuk membuat pai atau mufin kerana rasanya dua kali ganda lebih manis daripada beri biru. Kanak-kanak pasti menggemari buah ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com