expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday 17 July 2012

Sukma: Perancangan teliti rahsia kejayaan Terengganu





KUANTAN — Pembangunan jangka panjang dan perancangan yang teliti menjadi rahsia kejayaan Terengganu dalam Sukan Malaysia (Sukma) sehingga empat kali berturut-turut muncul juara keseluruhan temasya itu. 


Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, atlet negeri itu yang bertanding di Sukma bermula pada usia muda dan dijanjikan peluang beraksi di peringkat antarabangsa sekiranya menunjukkan potensi.


"Syukur kerana Terengganu berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali keempat walaupun pada awalnya sedikit terkilan kerana acara kanu tidak dipertandingkan dan ada atlet kita yang tidak dapat bertanding kerana layak ke Olimpik,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Sukma ke-15 di sini, malam ini.


Beliau turut bangga dengan kontinjen Terengganu kerana berjaya merangkul 62 pingat emas iaitu melepasi sasaran 47 emas sebelum ini.


"Ini adalah hasil usaha kerajaan Terengganu mendapat khidmat jurulatih berkebolehan dari luar negara seperti sepak takraw yang mana kita mendapatkan khidmat jurulatih dari Thailand,” katanya.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com