Laporan CNN mengenai
ketegangan Syria-Turki selepas jet Turki ditembak jatuh lebih seminggu lalu. -
Foto ihsan CNN
ISTANBUL - Ankara menggerakkan enam jet pejuang di sempadan
Turki-Syria kelmarin dipercayai ekoran tindakan Damsyik mula meletakkan
helikopter-helikopter ke sempadan kedua-dua negara.
Perkembangan itu memperlihatkan peningkatan ketegangan antara
Ankara dan Damsyik selepas Syria menembak jatuh pesawat pejuangnya lebih
seminggu lalu.
Syria telah pun mengakui kesilapan menembak jatuh jet itu
yang dikendalikan oleh dua juruterbang.
Kenyataan Angkatan Tentera Turki menyebut
helikopter-helikopter Syria berada di ruang udara negara itu tetapi semakin
dekat dengan sempadan.
Keenam-enam jet itu bergerak dua kali dari Incirlik dan
sekali dari Batman, tambah kenyataan tentera itu.
No comments:
Post a Comment