expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday 19 July 2012

Ubat lawan HIV dikeluarkan


















Pil harian Truvada Gilead Sciences dijangka dapat membantu mencegah penyebaran HIV.


WASHINGTON - Buat pertama kalinya pil harian membantu pencegahan rebakkan HIV diluluskan pihak penguat kuasa Amerika Syarikat (AS) selepas 30 tahun menjalankan kajian terhadap virus yang menyebabkan jangkitan Aids.


Pengurusan Perubatan dan Makanan AS, kelmarin mengesahkan sejenis pil harian Truvada Gilead Sciences sebagai satu langkah pencegahan kepada individu yang berisiko tinggi terdedah kepada HIV melalui aktiviti seksual.


Dalam pada itu, penguasa kesihatan awam berkata kelulusan itu boleh membantu memperlahankan penyebaran HIV yang mana telah menjangkiti kira-kira 50,000 manusia setiap tahun di AS.


Sehingga kini, pakar mengesahkan seramai 240,000 orang di AS masih tidak sedar bahawa mereka kini berstatus pembawa HIV selain 1.2 juta rakyatnya telah dijangkiti HIV dan rawatan menerusi ubatan antivirus dikesan dapat mengurangkan jangkitan berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com