expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 8 July 2012

WikiLeaks dedah rahsia terbaru


















WikiLeaks dedah lebih dua juta emel rahsia politik di Syria untuk peringkat pertama, kelmarin.


LONDON - Laman pembocor maklumat, WikiLeaks, kelmarin mendedahkan lebih dua juta emel pegawai kerajaan termasuk pelbagai kementerian di Syria yang bertarikh dari Ogos 2006 sehingga Mac lalu.


Jurucakap laman itu, Sarah Harrison berkata, pendedahan peringkat pertama ini melibatkan 2,434,899 emel termasuk 68,000 dalam bahasa Rusia.


Dalam satu kenyataan, pengasas WikiLeaks, Julian Assange menyatakan tindakan mereka membocorkan emel rahsia tersebut tidak hanya akan memalukan kerajaan kerana ia turut melibatkan pembangkang di negara itu.


"Kami tidak berniat mengkritik mana-mana pihak tetapi tujuan utama WikiLeaks adalah untuk memahami kepentingan, tindakan dan cara pemikiran mereka serta konflik yang sedang berlaku pada masa ini," katanya.


Antara kandungan emel tersebut mendakwa syarikat pertahanan gergasi Itali, Finmeccanica masih terus membekalkan alat komunikasi kepada rejim Presiden Bashar al-Assad selepas pergolakan tercetus pada Mac tahun lalu.


Sementara itu, agensi berita Al-Akhbar di Lebanon yang sebelum ini menyokong kerajaan Syria memaklumkan mereka akan menjalinkan kerjasama dengan WikiLeaks untuk mendedahkan lagi emel mengenai politik dalaman negara itu dan urusan perniagaan elit mereka.


Mac lalu, akhbar Britain, The Guardian juga mendedahkan kandungan ribuan emel peribadi Asma, isteri kepada Assad yang menunjukkan dia berbelanja mewah secara dalam talian walaupun Syria sedang bergolak.


Pendedahan itu menyebabkan Kesatuan Eropah (EU) sebulat suara untuk mengenakan sekatan ke atas beliau termasuk larangan melancong dan berbelanja di negara anggota mereka.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com