expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday 17 July 2012

YouTube sumber utama berita, rakaman bencana




WASHINGTON - Kajian terbaru mendapati laman YouTube muncul sebagai platform utama untuk mendapatkan berita dalam bentuk rakaman video amatur.


Pusat Kaji Selidik Pew, semalam menerbitkan laporan kajian mereka selama 15 bulan terhadap video berita paling terkenal menerusi syarikat enjin pencari gergasi, Google. Timbalan pengarah Projek


Kecemerlangan Kewartawanan, Amy Mitchell berkata, penggunaan laman perkongsian video untuk menyampaikan sesuatu berita terkini menerusi rakaman amatur lebih diterima ramai kerana ia lebih mudah diakses.


Menurut kajian mereka lagi, berita dan rakaman paling banyak ditonton di YouTube sehingga Mac lalu adalah mengenai gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com