expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday 10 July 2012

Cucu Raja Arab mohon suaka politik

Puteri Sara



LONDON - Cucu Raja Arab Saudi, Puteri Sara binti Talal bin Abdulaziz Al Saud, memohon untuk mendapatkan suaka politik di Britain kerana mendakwa keselamatannya tidak terjamin sekiranya pulang ke negara asalnya.


Media tempatan melaporkan, beliau yang tinggal di London sejak 2007, mendakwa dia dianiaya oleh keluarganya sendiri dan pihak berkuasa Arab Saudi.


Ibu kepada empat anak berusia 38 tahun itu juga mendakwa, pegawai kanan Arab Saudi berkomplot untuk menculiknya bersama anak-anaknya untuk dibawa pulang ke Riyad atas desakan politik.


Kini, Puteri Sara berusaha mendapatkan suaka politik melalui beberapa pengaruh ahli politik Britain.


Dia kini menginap di hotel lima bintang bersama empat anaknya berserta dua ekor anjing.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com