expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday 19 July 2012

'Penyu' bukan anak emas




Menteri Belia dan Sukan anak jati Terengganu bukan alasan


Kuala Terengganu: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menafikan menyalur peruntukan untuk menyediakan pelbagai kemudahan kepada Terengganu bagi membolehkan negeri itu mengekalkan kejuaraan Sukan Malaysia (SUKMA) kali keempat berturut-turut. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata kejayaan Terengganu mengekalkan kejuaraan SUKMA adalah hasil kerja keras semua atlit dan program pembangunan sukan dilakukan kerajaan negeri. 


Katanya, KBS tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam penyaluran peruntukan dan bantuan, malah semua negeri termasuk empat negeri yang dikuasai pembangkang mendapat peruntukan sama rata. 


“Peruntukan itu disalurkan Majlis Sukan Negara (MSN) kepada Majlis Sukan Negeri hanya untuk membayar elaun jurulatih, membiayai penyertaan atlit untuk kejohanan peringkat kebangsaan dan bantuan program berbentuk binaan bagi melahirkan pelapis di peringkat negeri. 


“Walaupun Menteri Belia dan Sukan anak Terengganu, secara peribadi kita tidak menggunakan kuasa membezakan penyaluran peruntukan,” katanya pada majlis meraikan atlit SUKMA Terengganu dan Pengibaran Jalur Gemilang peringkat negeri di Dataran Shahbandar, semalam. 


Majlis dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com