expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 14 July 2012

Gucci perkenal jam tangan Bamboo


















Jam Gucci Bamboo boleh dimiliki dengan harga RM3,250.


Gucci memperkenalkan jam tangan Bamboo bagi wanita, sempena 40 tahun penceburannya dalam industri pembuatan jam tangan.


Pengarah Eksekutifnya, Sharon Lim berkata, Gucci Bamboo mampu mencatatkan jumlah jualan tinggi.


“Kami percaya ia akan mencatatkan jualan tinggi, kerana jam tangan Gucci merupakan satu ikon dan jam tangan idaman,” katanya selepas pelancaran koleksi jam tangan Gucci Bamboo, di Kuala Lumpur.


Jam tangan Bamboo direka oleh Pengarah Kreatif Gucci, Frida Giannini, diperbuat daripada buluh asli dan keluli tahan karat.


Setiap jam tangan boleh didapati dalam tiga varian, iaitu warna hitam, coklat dan perak dan setiap jam tangan itu direka, dibentuk dan diukir dengan tangan satu persatu.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com