expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday 12 July 2012

Majikan teliti Facebook, Twitter bakal pekerja





Washington: Sebanyak 92 peratus syarikat di Amerika Syarikat mengakui bahawa mereka menggunakan web rangkaian sosial untuk mencari pekerja tahun ini mengikut kriteria tertentu, menurut pendedahan satu kajian terbaru.


Selain memeriksa resume yang dihantar oleh calon pekerja, hampir tiga daripada empat pengurus dan pemeriksa senarai calon menggunakan profil dari rangkaian sosial calon. Malah, 48 peratus daripada mereka sering melakukan perkara itu walaupun calon tidak menyedia-kannya. 


Linkedln kekal sebagai laman utama membekalkan pekerja tetapi persaingan turut diberi oleh Facebook dan Twitter, lapor tinjauan web merekrut sosial, Jobvite yang melakukan kajian pendapat terhadap lebih 1,000 bahagian jabatan sumber manusia dan pencari pekerja profesional. 


“Peningkatan dalam kegiatan merekrut pekerja menerusi laman web sosial membolehkan calon dan majikan lebih muda untuk memilih tempat kerja terbaik,” kata presiden dan ketua pegawai eksekutif Jobvite, Dan Finnigan, yang dipetik LA Times. 


“Kami terus melihat merekrut pekerja menerusi laman web sosial terus popular kerana ia lebih berkesan berbanding daripada menyemak resume yang bertimbun,” katanya. 


Selain itu, dua pertiga daripada mereka merekrut pekerja menggunakan Facebook manakala lebih separuh menggunakan Twitter untuk mencari calon mereka, kata tinjauan terbabit. 


Memang benar syarikat yang terbabit mengatakan mereka tidak menilai seseorang daripada segi agama atau politik tetapi memberi perhatian kepada cara calon berkenaan memperkenal diri mereka. 


Paling banyak mendapat reaksi negatif ialah calon yang memuatkan kata-kata kesat dalam profil mereka. -Agensi

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com