expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday 13 July 2012

Remaja 15 tahun di Jakarta buang undi


















Beberapa penduduk Jakarta menunjukkan jari yang dicelup dakwat sebagai bukti telah menunaikan kewajipan mereka.


JAKARTA - Suasana mengundi bertukar kecoh apabila seorang remaja berumur 15 tahun membuang undi di salah sebuah pusat mengundi di Utara Jakarta sempena pilihan raya Gabenor, semalam.


Pelajar gred sembilan, M Khadafi Muslim menyatakan dia menerima kad identiti pengundi dan surat jemputan selepas namanya terdapat di dalam senarai akhir pengundi.


"Saya tidak pernah mendaftar sebagai pengundi. Saya turut disenaraikan sebagai pengundi yang lahir pada tahun 1993," katanya.


Mengikut undang-undang negara itu, individu yang layak mengundi harus berumur sekurang-kurangnya 17 tahun.


Media melaporkan pegawai di pusat mengundi Tanah Merah tersebut enggan mengulas lanjut berhubung kekeliruan itu.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com