expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday 5 July 2012

10 spesies teratas 2012





Tarantula biru (Pterinopelma sazimai)


SPESIES tarantula biru yang cantik ini ditemui oleh sekumpulan penyelidik di kawasan ekopergunungan subtropikal savana di timur Brazil yang dikenali sebagai campo rupestre.


Apabila terkena sinaran matahari, bulu-bulu yang terdapat di badan tarantula ini akan memantulkan warna pelangi. Penemuan tersebut menyebabkan ia menjadi spesies haiwan pertama dari Brazil yang terpilih untuk direkodkan dalam senarai ini.


PADA 24 Jun lalu, dunia kehilangan salah satu spesies terakhir kura-kura gergasi atau nama saintifiknya, Geochelone nigra abingdoni. Ia ditemui mati di Puerto Ayora, Pulau Santa Cruz, Ecuador yang terletak di selatan Taman Negara Galapagos.


Haiwan berusia lebih 100 tahun yang dikenali sebagai Lonesome George itu mula ditemui di Pulau Pinta, salah sebuah daripada Kepulauan Galapagos pada tahun 1972.


Bagaimanapun usaha yang dibuat untuk membiakkan generasi George tidak kesampaian kerana telur-telur yang dikeluarkan dua kura-kura betina yang pernah hidup bersama haiwan itu gagal menetas.


KURA-KURA gergasi terakhir daripada spesies Geochelone nigra abingdoni telah ditemui mati pada 24 Jun lalu.

 
Begitupun, hidup dan matinya sesuatu makhluk bernyawa merupakan lumrah alam dan proses penting dalam kitaran kehidupan semua makhluk di dunia ini. Begitupun, harus diingat bahawa setiap yang hilang pasti ada gantinya walaupun ia mungkin daripada spesies berbeza.


Baru-baru ini, Institut Antarabangsa untuk Eksplorasi Spesies di Universiti Arizona, Amerika Syarikat telah mendaftarkan senarai spesies baharu yang terpilih dari seluruh dunia.


Pemilihan 10 spesies baharu terbaik itu telah diadakan sejak 2008 dan ia diumumkan pada tarikh 23 Mei setiap tahun bagi memperingati hari seorang pakar taksonomi, Carl Linnaeus, melahirkan sistem klasifikasi dan penamaan tumbuh-tumbuhan serta binatang moden.




 
Gonggok raksasa (Crurifarcimen vagans)


DENGAN ukuran sepanjang 16 sentimeter, spesies ulat gonggok Crurifarcimen vagans ini memegang rekod baharu sebagai ulat gonggok terpanjang dan terbesar. Ia ditemui di salah satu kawasan biodiversiti terkenal dunia, Pergunungan Arc di timur Tanzania. Gonggok raksasa yang menyamai saiz sebatang sosej itu mempunyai diameter 1.5 sentimeter dengan anggaran 56 segmen gegelung pada tubuhnya. Setiap satu gegelung dilengkapi dua pasang kaki.Spesies ini ditemui di dalam kayu reput di kawasan timur dan barat Pergunungan Hutan Usambara pada paras ketinggian 940 hingga 1800 meter.


Setiap tahun, pakar botani, zoologi, entomologi dan lain-lain saintis dari seluruh dunia akan melaporkan penemuan 18,000 spesies baharu berdasarkan kajian yang dilakukan. Namun, hanya 200 spesies terpilih ke peringkat seterusnya sebelum 13 saintis yang mewakili jawatankuasa tersebut membuat keputusan akhir bagi 10 spesies terbaik.


Berikut kami paparkan 10 spesies baharu yang menduduki tangga teratas dalam senarai 10 Teratas Spesies Baharu 2012.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com