expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 1 July 2012

Fakta: Rahsia Alam (Bahagian 8)




1. Feret betina akan mati jika ia tidak berjumpa pasangannya apabila ia datang berahi.


2. Tikus mondok ialah binatang kecil yang suka mengorek lubang terowong dalam tanah dan meninggalkan longgokan tanah di jejak mereka. Mereka boleh mengorek terowong tanah sedalam 300 kaki sehari.


3.Gigi beaver terlalu tajam dan puak orang asli Amerika pernah menggunaknnya sebagai mata pisau.


4. Salah satu sifat walrus ialah mempunyai sepasang gading panjang, (40cm) yang sebenarnya gigi taring yang akan tumbuh berterusan. Ianya bukan sahaja sebagai daya penarik tetapi untuk menunjukkan sifat agresif/dominans dan sebagai lubang pernafasan di dalam ais. Berbeza dari kepercayaan biasa yang mengatakan ianya digunakan untuk mengorek makanan.


5. Kedudukan mata keldai di kepalanya membolehkan ia melihat kesemua empat kakinya setiap masa.


6. Tulang-tulang burung merpati lebih ringan daripada bulunya.


7. Burung gagak berkebolehan untuk mengesan masalah. Ia cepat mengetahui bahawa kereta yang bergerak tidak merbahaya kecuali apabila pemandunya keluar dan ia akan terbang pantas. Di kawasan ia selalu diburu, ia tahu membezakan diantara pemburu yang bersenjata dan peladang dengan peralatannya


8. Secara harfiah kita boleh menghipnopsis seekor ayam dengan memegangnya dan kemudian melukis satu garisan di atas tanah berkali-kali. Ayam tersebut akan berada di tempat tersebut selama mana yang kita kehendaki.


9. Bebiri akan berbunyi baa kambing berbunyi maa. Sesungguhnya suara mereka berbeza.


10. Seekor siput mempunyai 25000 gigi, betul bacaan anda tadi dua puluh lima ribu.



No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com