Pisang kaya dengan potasium yang baik untuk kesihatan. Selain
sedap dimakan, pisang juga dapat membantu mengurangkan kedutan pada wajah
akibat penuaan.
Caranya ialah dengan memotong pisang dengan saiz kecil dan
kemudian dikisar sehingga halus. Selepas itu, sapukan krim pisang itu pada
wajah dan biarkan selama 10 minit sehingga 15 minit.
Seterusnya bilas dengan air suam dan sekali lagi dengan air
bersih. Masker pisang ini seelok-eloknya dilakukan sekali dalam seminggu bagi
merasai perbezaannya.
Petua ini begitu diamalkan dan selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment