PESAWAT berkuasa solar, Solar Impulse berlepas dari Payerne, Switzerland kelmarin.- AFP
MADRID, Sepanyol - Pesawat berkuasa suria Switzerland, Solar
Impulse selamat mendarat di sini semalam sekali gus menamatkan peringkat
pertama misi penerbangan rentas benua tanpa menggunakan bahan api.
Juruterbang, Andre Borschberg menerbangkan Solar Impulse dari
sebuah lapangan terbang kecil di Payerne, barat Switzerland sekitar pukul 8.30
pagi (waktu Swiitzerland) kelmarin.
Pesawat berkenaan berlepas ke bandar Rabat, Mahgribi melalui
bandar raya ini dalam perjalanan sejauh 2, 500 kilometer.
Penerbangan kali ini adalah yang terjauh buat Solar Eclipse
selepas pesawat tersebut terbang ke Paris dan Brussels pada tahun lalu.
"Penerbangan ini berjalan dengan lancar dan saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada pasukan ahli meteorologi yang banyak membantu
kami," kata Borschberg.
Solar Impulse memiliki sayap panjang seperti pesawat
komersial jarak jauh dengan berat menyamai sebuah kereta.
Pesawat berkenaan memiliki 12,000 sel solar bagi menjana
empat enjin elektrik.
Kapal terbang berteknologi tinggi ini dijadual terbang
mengelilingi dunia pada 2014. - AFP
No comments:
Post a Comment