expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 26 May 2012

Faktor 30 peratus golongan berkemampuan tidak mahu tunai umrah



Zulkifli (kanan) beramah mesra dengan Affendy (kiri) selepas mengadakan sidang media berhubung pelancaran Akademi Mutawwif 16 Jun ini.


KOTA BHARU - Kurang ‘pelayanan’ dan kesedaran menyebabkan kira- kira 30 peratus golongan berkemampuan di negara ini tidak menunaikan ibadah umrah.


Menyedari hakikat itu, pengendali pakej haji dan umrah Zuwarda Group mengambil inisiatif menubuhkan Akademi Mutawwif bagi melahirkan lebih ramai perunding haji dan umrah agar dapat mengecilkan bilangan kumpulan itu.


Pengarah Urusannya, Zulkifli Esa berkata, pihaknya terpanggil untuk membantu golongan itu menggunakan peluang dimiliki sebaiknya agar dapat menunaikan ibadah umrah.


“Masih ramai lagi yang belum terbuka untuk mengerjakan umrah, dan perlu diberikan pendedahan dengan konsep pelayanan, kerana umat Islam di negara ini lebih gemar sekiranya dilayan ketika melaksanakan sesuatu,” katanya dalam sidang media di Kelantan Trade Center (KTC) di sini, kelmarin.


Hadir sama Penolong Kanan Pengurus Jualan KTC, Affendy Mohd Zain.


Zulkifli berkata, pihaknya berharap dengan pendekatan tersebut lebih ramai terpanggil untuk menunaikan ibadah umrah tanpa memerlukan masa yang panjang untuk membuat keputusan.


Sementara itu, mengulas mengenai Akademi Mutawwif yang akan dilancarkan 16 Jun depan, Zulkifli berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan KTC dalam menjayakan program itu.


Katanya, seramai 100 mutawwif diperlukan bagi mengikuti kursus dan pendedahan mengendalikan jemaah haji dan umrah yang buat permulaannya hanya dilaksanakan di Kelantan sebelum dikembangkan ke negeri lain.


“Pelbagai keistimewaan ditawarkan terhadap mutawif terlatih ini termasuk peluang mendapatkan pendapatan antara RM5, 000 hingga RM6, 000 sebulan selain peliang menunaikan haji dan umrah secara percuma setiap tahun,”katanya. 


Zulkifli berkata, akademi yang akan menjadi platform dalam penggalakkan penglibatan orang Islam terhadap kerja- kerja ibadah ini akan menjadikan KTC sebagai tempat menjayakan program termasuk kelas penerangan dan pemantapan bulanan.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com