expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday 25 May 2012

FAM tunggu keputusan mahkamah Singapura kes Shokri Nor



Pengadil Malaysia, Shokri Nor



KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menunggu keputusan perbicaraan pengadil Malaysia, Shokri Nor yang didakwa terlibat dalam kes mengatur perlawanan membabitkan Lions XII menentang Sarawak, Selasa lepas, sebelum mengambil sebarang tindakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk Astaman Abdul Aziz berkata badan induk bola sepak negara itu perlu menghormati undang-undang Singapura sebelum mengambil tindakan lanjut terhadap Shokri.

"Biar aliran undang-undang di Singapura yang akan membuat keputusan dalam kes membabitkan beliau (Shokri).

"Terpulang kepada mereka (mahkamah Singapura) untuk menentukan hukuman yang bersesuaian kerana apa yang lebih penting ialah kita perlu menghormati aspek perundangan yang ditetapkan tidak kira di tempat mana," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Media di Singapura melaporkan Shokri, 47, bersama seorang lagi rakyat Malaysia, Thana Segar Sinnaiah, 38, didakwa atas tuduhan terlibat dalam mengatur perlawanan Liga Super Malaysia.    

 
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu pada 19 Mei lepas di sebuah bilik hotel di Pulau Pinang selepas bersetuju menerima suapan RM15,000 setiap seorang.

Mahkamah membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin $50,000 (RM123,272) sebelum kes itu disebut semula pada 31 Mei ini.

Jika disabitkan kesalahan, kedua-dua mereka boleh didenda sehingga $100,000 (RM246,537) atau lima tahun penjara atau kedua-duanya, mengikut undang-undang Singapura.   

Bernama difahamkan Shokri ditahan anggota Biro Siasatan Amalan Rasuah Singapura sebelum bermulanya perlawanan itu yang menyaksikan tuan rumah, Lions XII mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Sarawak.


Tempat Shokri dalam perlawanan itu diambil alih pengadil Wan Mohd Tarmizi Wan Ibrahim.- Bernama

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com