DALAM
kehidupan umat Islam, didikan yang baik selaras dengan budaya Islam telah
bermula sejak seseorang itu masuk ke sekolah.
Di peringkat
sekolah rendah dan menengah para guru sentiasa menasihatkan supaya berbudi
bahasa, jaga pekerti dan menghormati orang lain.
Di samping
itu, penerapan nilai-nilai murni juga dilakukan di sekolah dalam mata pelajaran
tertentu.
Budaya
adalah cara hidup yang diamalkan secara baik dan sudah diterima oleh masyarakat
secara keseluruhannya.
Ia akan
membentuk tamadun dan peradaban yang mempunyai kaitan dengan kemajuan akal
fikiran.
Adalah
penting bagi setiap orang mengamalkan budaya timur dan nilai kekeluargaan bagi
mengelak berlaku perkara negatif.
Orang yang
berbudaya akan sentiasa menjaga percakapan, tingkah laku dan perbuatan supaya
ke arah kebaikan bukan keganasan.
Mana-mana
budaya yang tidak mempunyai landasan akidah dan agama pula pasti akan menemui
kehancuran.
Sebab itu,
pendidikan agama merupakan teras kepada pembinaan peradaban manusia sebagaimana
yang dinyatakan oleh Ibnu Khaldun.
Maka
Kementerian Pelajaran telah merealisasikan nilai dan ketinggian ilmu yang
terdapat dalam ajaran Islam.
Usaha
melahirkan modal insan mukmin yang mempunyai jati diri yang kukuh sebenarnya
telah lama dilakukan dalam kalangan kanak-kanak dan pelajar di peringkat
sekolah rendah dan menengah. Ia mementingkan jati diri, berketerampilan,
berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.
Lantaran
itu, Islam menyeru supaya umatnya mementingkan akhlak seperti firman-Nya (rujuk
an-Nahl: 125).
Agama Islam
menentang keganasan yang boleh membawa kemusnahan dan kehancuran kepada ummah.
Islam adalah agama ciptaan Allah SWT, bukannya ciptaan manusia. Justeru,
apa-apa sahaja kejadian dan budaya yang boleh memburukkan imej Islam bukan
daripada ajaran Islam.
Arus
globalisasi termasuk Internet mendedahkan generasi muda kepada pelbagai
keganasan. Oleh itu, mereka seharusnya berfikir dengan bijak akan baik
buruknya.
Justeru,
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya bermula datangnya Islam
dianggap asing (aneh) dan akan datang kembali asing. Namun berbahagialah
orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada rasulullah SAW: "Ya
Rasulullah apa yang dimaksudkan orang asing (aneh) itu? lalu Rasulullah SAW
menjawab: "Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang
melakukan kerosakan. (riwayat Muslim).
Setiap
perkara yang berlaku pasti ada sebab musababnya. Sebagai contoh kerosakan dan
keganasan. Inilah yang harus diperhalusi dan difikirkan.
Sikap
permusuhan ini sebenarnya dipamerkan sekian lama dengan menggunakan segala
kekuatan yang ada. Sikap ini merangkumi kekuatan senjata, media massa, ekonomi
dan politik.
Dengan
memperhalusi tujuan sebenar Barat, barulah umat Islam boleh mengatur strategi
menentang sikap prejudis itu dan tidak terpengaruh dengan budaya ganas.
Negara-negara
kuasa besar Barat sedar hanya Islam dan dunia Islam saja yang mempunyai tenaga
dan potensi untuk mencegah atau menentang dan pengaruh ideologi mereka setelah
tumbangnya pengaruh komunisme, yakni setelah berpecah Kesatuan Soviet.
Kebangkitan
semula Islam sebagai tenaga atau kuasa yang dapat mengimbangi pengaruh dan
ideologi Barat dalam jangka masa panjang. Jika andaian ini benar-benar berlaku,
pasti menghakis kekuasaan Barat yang mendominasi sistem politik dan ekonomi
dunia sejak sekian lama.
Peralihan
kuasa kepada negara yang diterajui orang Islam bukanlah suatu dongengan kerana
sejak sekian lama, Islam pernah menjadi empayar yang besar dan berpengaruh.
No comments:
Post a Comment