expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday 5 July 2012

MB beri amaran potong dana skuad Terengganu




KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said memberi amaran tidak akan menambah dana peruntukan pasukan bola sepak Terengganu sekiranya skuad kendalian Peter James Butler masih tidak menunjukkan prestasi yang konsisten.


Beliau yang hadir melihat perlawanan malam tadi berang dengan aksi longlai dipamerkan skuad Penyu ketika menentang Kuala Lumpur sebelum berjaya mengutip tiga mata berharga pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.


"Pasukan Terengganu saya sudah beri kata dua semalam. Saya amat kecewa dengan corak permainan mereka dan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) perlu buat sesuatu.


"Saya tidak akan tambah peruntukan pasukan bola sepak ini kerana mereka masih tidak tunjuk prestasi terbaik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Terengganu terpaksa menunggu hingga minit ke-84 untuk gol kemenangan 2-1 setelah terikat 1-1 dengan jaguh ibu kota menerusi jaringan penyerang import Liberia, Francis Forkey Doe yang juga menjaringkan gol awal pada minit ke-13.


Jelasnya kerajaan negeri memperuntukkan RM4 juta setahun dan buat masa ini telah memberi peruntukan RM2 juta kepada PBSNT, namun hasil pemain yang dipamer pada musim ini belum menepati pencapaian sebelumnya.


"Kalau nak dapatkan tambahan RM1 juta ataupun lebih, mereka perlu tunjukkan prestasi terbaik. Kalau tidak, cukup sampai di sini saja," katanya.


Ahmad membayangkan perubahan sikap pemain kepada berdisiplin merupakan kunci kejayaan sekiranya mahukan bola sepak Terengganu digeruni lawan.


"Sikap pemain kita di atas padang masih teruk dan ia cukup membosankan untuk terus diperkatakan.


Ditanya adakah T-Team bakal menyusuri 'abangnya' ekoran turut menunjukkan prestasi yang merudum, Ahmad berkata beliau akan melihat prestasi pasukan itu pada perlawanan seterusnya sebelum memberi kata putus.


"Kalau T-Team juga tidak bangkit, kami akan buat perkara sama demi bola sepak tempatan," katanya.- Bernama

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com