expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 6 May 2012

Bangkok dilanda cuaca panas melampau 40 C




BANGKOK 4 Mei - Selepas dilanda banjir terburuk, ibu negara Thailand ini kini dilanda cuaca panas melampau, mengundang perdebatan mengenai pembangunan pesat di salah sebuah bandar raya terbesar di Asia ini.



Jabatan Meteorologi melaporkan, purata suhu harian di Bangkok dicatat pada 40.1 celsius sepanjang April lalu, menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada penduduk mengenai penyakit berkaitan cuaca panas melampau.


Pengkritik berkata, cuaca itu berpunca daripada pembangunan melampau di bandar raya yang pesat membangun ini yang mempunyai penduduk berjumlah kira-kira 12 juta orang.


"Cuaca panas di Bangkok berpunca daripada kurangnya kawasan hijau yang menyebabkan haba terperangkap di bandar raya ini," kata Pengarah Jabatan Ramalan Cuaca Pusat, Jabatan Meteorologi, Prawit Jampanya.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com