VIENNA:
Sebuah kamera Leica model 1923 yang sukar didapati lagi ketika ini, dilelong
pada harga 2.16 juta euro (RM8.57 juta) di Vienna, hujung minggu lalu.
Ini
menjadikan ia kamera termahal pernah dijual.
Seorang
pembeli yang tidak dikenali membuat bidaan untuk mendapatkan kamera buatan
Jerman itu yang masih berfungsi dan merupakan satu antara lima versi ujian
Leica 0-Series yang dikeluarkan pada 1923, dua tahun sebelum siri itu
dikeluarkan.
Hanya beberapa kamera jenis itu masih tersimpan dalam keadaan baik.
Harga itu
adalah tujuh kali lebih tinggi daripada harga pembukaannya iaitu 300,000 (RM1.2
juta).
Syarikat yang melelongnya juga tidak menamakan pemilik asalnya. - Reuters
No comments:
Post a Comment