expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 6 May 2012

Petani Gaza menderita kerana krisis tenaga



Gambar hiasan


TEBING GAZA - Sebahagian besar tanah pertanian di Genting Gaza terjejas kerana kurangnya sistem pengairan sempurna dan bekalan elektrik, sekali gus membawa kepada krisis bahan bakar terhadap para petani.



Krisis berlanjutan selama tiga bulan itu, menyebabkan petani hanya mampu melihat ladang-ladang mengering, berikutan ketiadaan bekalan elektrik dan sumber air untuk tanaman.


 
Bandar utara Beit Lahiya yang cukup kaya dengan sumber air, terkenal dengan produk buah strawberinya sehingga dieksport ke luar negara, turut terjejas di mana petaninya tidak dapat berbuat apa-apa selain memandang ladang buah-buahan mereka mengering begitu sahaja.


 
“Kami tidak mampu mengepam air dari lubang-lubang bor, namun tidak berdaya melihat tanaman kami musnah di depan mata sambil menunggu bekalan elektrik atau bahan api yang tetap tiba,” kata petani, Nabil Ghaben yang terpaksa menanggung kerugian akibat krisis tenaga itu.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com