POSTER promosi konsert Lady Gaga digantung pada sebatang tiang lampu di Jakarta semalam.
JAKARTA - Polis Indonesia semalam enggan membenarkan penyanyi
terkenal, Lady Gaga mengadakan persembahan di sini.
Keputusan itu dibuat selepas beberapa kumpulan Islam berikrar
untuk menggerakkan ribuan penyokong masing-masing untuk menghalang konsert
tersebut.
Menurut jurucakap Polis Nasional Indonesia, Saud Usman
Nasution, konsert Lady Gaga yang dijadualkan diadakan pada 3 Jun depan akan
dibatalkan.
"Kami tidak akan mengeluarkan permit untuk konsert Lady
Gaga di Jakarta," katanya.
Sebelum ini Barisan Pertahanan Islam (BPI) melancarkan
bantahan di Jakarta yang berikrar menghalang penyanyi itu menjejakkan kaki di
sini.
"Kami amat gembira apabila polis menghalang pemusnah
moral itu (Lady Gaga) daripada datang ke negara ini.
"Sudah tentu kami menentangnya, dia hanya memakai seluar
dalam dan coli," kata Pengerusi BPI Jakarta, Habib Salim Alatas.
Menurut Habib, Lady Gaga amat berbahaya kepada generasi muda
Indonesia kerana dia pernah menyatakan dirinya utusan syaitan.
Pasukan Pembela Muslim juga pernah mendesak polis supaya
membatalkan konsert itu bagi mengelak konflik antara kumpulan Islam dengan para
peminat Lady Gaga.
Para peminat penyanyi penyanyi tersebut mewujudkan akaun
#IndonesiaSavesGaga di laman Twitter bagi meminta polis menarik kembali
keputusan tersebut.
Penganjur konsert itu, Big Daddy Productions sudah menjual
lebih 50,000 tiket.
Namun, ia enggan mengesahkan sama ada konsert Born This Way
Ball itu telah dibatalkan secara rasmi.
Penyanyi itu dijadualkan membuat persembahan di Stadium
Gelora Bung Karno.
Seorang pemegang tiket itu, Mariska Renata menyatakan dia
berasa amat kecewa tentang pekembangan tersebut.
"Kami telah matang untuk memezakan antara nilai-niali
moral dengan seni dan budaya," katanya.
Konsert Lady Gaga di Asia bermula sejak bulan lalu.
Sementara itu, penyanyi tersebut melawat menara Tokyo Sky
Tree setinggi 634 meter di Tokyo, Jepun semalam. - Agensi
No comments:
Post a Comment