expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday 25 May 2012

Wanita Singapura pilih pasangan pandai masak




SINGAPURA: Selama ini, hanya lelaki yang mahu mencari pasangan hidup yang pandai memasak.


Tetapi kini, keadaan berubah. Wanita juga mahukan pasangan mereka yang boleh memasak.


Maklumat ini dan beberapa maklumat menarik yang lain, diperoleh menerusi kajian yang dilakukan Electrolux, sebuah syarikat perkakasan rumah.


Daripada 503 warga Singapura yang dipilih menjalani responden yang setengahnya wanita, 86 peratus berkata, kemampuan pasangan mereka untuk memasak adalah satu tarikan.


Satu lagi maklumat menarik ialah 51 peratus responden berkata, mereka akan memakan makanan walaupun tarikh luputnya sudah berlalu, sembilan peratus lebih tinggi berbanding di Indonesia.


Penyelidik berkata, ini kerana rakyat Singapura lebih berpelajaran dan tahu bahawa cara penyimpanan makanan yang betul boleh melanjutkan tarikh luput.
Rakyat Singapura juga muncul sebagai negara yang paling mementingkan makanan berminyak di Asia Pasifik. Ramai responden begitu berhati-hati mengguna minyak dan garam dalam masakan mereka.- Agensi



No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com