expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 6 May 2012

25 peratus penipuan profil FB





CALIFORNIA - Kira-kira satu daripada empat pengguna laman sosial, Facebook menipu mengenai profil mereka untuk menarik minat lelaki atau wanita.



Keputusan tinjauan itu didedahkan siasatan laporan pengguna minggu ini bertajuk ‘Facebook dan Privasi Anda’.



Menurut laporan tersebut, sebanyak 25 peratus pengguna Facebook daripada 2,000 keluarga mengaku telah memalsukan maklumat dalam profil mereka untuk keselamatan identiti.



Sesetengah pengguna dikenal pasti mencipta profil menggunakan nama-nama palsu atau tidak lengkap bagi menyembunyikan identiti sebenar daripada majikan atau pekerja bawahan dan ada yang melakukan perkara itu sekadar untuk berseronok.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com