expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 6 May 2012

The Unknowns, kini ‘pemangsa’ baru



The Unknowns mendedahkan maklumat rahsia termasuk kata laluan
kaki tangan daripada pelbagai sektor.



WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) dan pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) antara mangsa berprofil tinggi kumpulan penggodam baru yang menggelar diri mereka sebagai The Unknowns.



The Unknowns mendakwa mereka telah menggunakan kepakaran ahli masing-masing untuk berhubung dengan syarikat keselamatan dan mendedahkan senarai kata laluan dan maklumat rahsia yang telah mereka godam dari pelbagai agensi.



Mereka telah memuat naik senarai nama dan kata laluan kaki tangan di Pusat Penyelidikan Glenn, Nasa.



Pusat Patologi Bersama Tentera AS, Agensi Angkasa Lepas Eropah, Angkatan Tentera Laut Thailand, Kementerian Pertahanan Perancis dan Bahrain serta Universiti Harvard.



Difahamkan, konsep menggodam ke dalam beberapa laman sesawang syarikat kononnya bertujuan untuk meningkatkan sistem keselamatan penggodam.



Dalam satu kiriman emel dihantar oleh The Unknowns, mereka mendakwa belum mencapai matlamat sebenar dan masih mencari kelemahan untuk melengkapkan misi utama.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com