expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 6 May 2012

AS timbang lindungi kuda laut kecil



GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan seekor kuda laut yang kecil di sebuah akuarium di Monterey, California.



WASHINGTON - Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) kini menimbang untuk melindungi spesies kuda laut terkecil yang terdapat di negara itu.


Kuda laut kerdil memiliki panjang sekitar 2.54 sentimeter merupakan yang terkecil terdapat di dasar perairan berumput di Teluk Mexico, AS.

 
Namun, seorang ahli biologi Pusat Kepelbagaian Biologikal AS, Tierra Curry berkata, habitat kuda laut kecil berkurangan dengan mendadak sejak tahun 1950-an.


Menurutnya, keadaan itu disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk pencemaran akibat tumpahan telaga minyak syarikat BP di Teluk Mexico pada 2010.


"Tumpahan minyak dua tahun lalu banyak menjejaskan kehidupan marin terutamanya spesies kuda laut kecil yang kekurangan habitat," katanya. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com