expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 6 May 2012

Putin kritik gesaan pulau Euro 2012





Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin



MOSCOW - Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin, yang baru-baru ini dipilih semula sebagai Presiden negara itu, mengkritik rancangan ketua-ketua negara Eropah yang mahu memboikot kejohanan bola sepak Euro 2012 bulan depan.
 


Beberapa negara Eropah mengancam mahu memboikot kejohanan itu berikutan isu rawatan kepada Perdana Menteri Ukraine, Yulia Tymoshenko.



Canselor Jerman, Angela Merkel mengemukakan keprihatinan beliau ke atas Tymoshenko manakala Presiden Kesatuan Eropah, Herman Van Rompuy; Presiden Suruhanjaya Eropah, Jose manuel Barroso serta kerajaan Austria dan Belgium menyatakan hasrat tidak akan menghadiri sebarang perlawanan di Ukraine.



Tetapi beliau memberitahu kepada pihak media di Rusia bahawa isu politik dan sukan tidak wajar di campuradukkan.



“Seharusnya bagi setiap kes, anda tidak boleh campur dengan politik, perniagaan dan isu lain dengan sukan,” katanya.



“Saya tetap dengan pendirian akan terus menyokong Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, sukan ialah di luar bidang politik,” tambah beliau.



Ini rentetatan peristiwa revolusi Oren yang melanda negara Ukraine pada 2004 hingga 2005, menyebabkan Tymoshenko dipenjarakan.



Parti beliau dijangka menang dan ini bakal menggerunkan musuh beliau dalam pilihan raya October ini.



Foto-foto Tymoshenko dikeluarkan oleh keluaranya minggu lalu, antara turut menunjukkan kesan lebam yang didakwa beliau dipukul oleh pegawai penjara.



Beliau cuba untuk mogok lapar bagi mendapatkan bantuan perubatan, namun usahanya tidak mendatangkan sebarang hasil.



Kementerian Luar Negeri menganggap sukan yang dipolitikkan memainkan peranan penting dalam proses pembangunan dan kefahaman masayrakat sejak dulu lagi.



Poland meningkatkan kontroversi apabila terpanggil untuk menyertai boikot dan menyarankan agar perlawanan diadakan di Warsaw, tetapi Presiden Bronislaw Komorowski menyifatkan sebagai tidak sesuai.



Euro 2012 dianjurkan bersama oleh Poland dan Ukraine.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com