expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 6 May 2012

ETCM perkenalkan Nissan Leaf



Kenderaan elektrik (EV) Nissan Leaf



Edaran Tan Chong Motor (ETCM) memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) Nissan Leaf, sekali gus menyahut seruan kerajaan mencapai matlamat untuk memiliki 10 hingga 20 peratus EV bagi pasaran tempatan menjelang 2020.



Pengarah Eksekutifnya, Datuk Dr Ang Bon Beng berkata, sejajar dengan pengenalan itu, Nissan menganjurkan program bagi meningkatkan kesedaran mengenai kelebihan kenderaan elektrik di kalangan pengguna tempatan.



“Dalam tempoh satu tahun program itu dijalankan di Lembah Klang, kami turut mengadakan siri pameran bergerak dan pengguna berpeluang untuk memandu uji Nissan Leaf yang menggunakan 100 peratus tenaga elektrik.



“Menerusi pameran itu, kami turut mengumpul maklum balas daripada pengguna sama ada Nissan Leaf benar-benar memenuhi keperluan pemanduan pengguna negara pada masa akan datang,” katanya ketika melancarkan program perintis Nissan Leaf “Journey to Zero Emission” di Petaling Jaya, semalam.



Menurutnya, Nissan Leaf akan dijual di pasaran dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi dengan harga berpatutan bergantung inisiatif dari kerajaan.



Katanya, cabaran dalam membawa masuk EV adalah untuk menyediakan kemudahan infrastruktur seperti stesen mengecas bagi kenderaan itu.



"ETCM kini dalam proses perbincangan dengan kerajaan bagi membantu menyediakan infrastruktur itu melibatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim).

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com