expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, 13 May 2012

Fakta menarik mengenai mimpi





Semua orang pernah bermimpi, sama ada mainan tidur atau pesanan yang di sampaikan dari minda bawah sedar ke minda sedar. Di bawah adalah beberapa fakta ringkas mengenai mimpi. Di antaranya :


Orang buta pun bermimpi

Mereka yang dilahirkan buta bermimpi, bezanya Cuma mereka tidak melihat gambaran, Cuma melalui deria sentuhan, bau, bunyi dan emosi.


90% manusia lupa mengenai mimpi mereka

Dalam masa 5 minit selepas bangun tidur, 50% akan lupa akan mimpi dan dalam masa 10 minit 90% dari kita akan lupa sepenuhnya. Mimpi adalah satu cara minda bawah sedar menyampaikan maklumat ke minda sedar.


Semua manusia bermimpi

Boleh dikatakan setiap manusia bermimpi kecuali mereka yang mengalami masalah psikologi manakala  wanita dan lelaki mengalami mimpi yang berbeza. Kita hanya bermimpi mengenai apa yang diketahui dan alami.


Mimpi adalah simbolik

Pesanan yang disampaikan didalam mimpi adalah berbentuk simbolik. Maksudnya maklumat yang hendak disampaikan biasanya perlu di tafsirkan.


Mimpi hitam putih

Kajian menunjukkan 12% mimpi yang dialami manusia adalah hitam putih dan selebihnya dalam warna.


Faktor luaran mempengaruhi mimpi

Jika anda tidur berdengkur anda tidak bermimpi.


Kesimpulannya secara peribadi saya berpendapat, melalui mimpi adalah cara minda bawah sedar komunikasi dengan minda sedar, akan tetapi sayangnya ramai yang tidak mengingati mimpi. Mengingati mimpi juga adalah satu teknik terbaik untuk out of body experience (OOBE). Dan ia juga dapat menguatkan hubungan antara minda sedar dan minda separa sedar.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com