Ramai orang yang mempunyai masalah untuk tidur. Cuaca dan
suhu yang agak panas merupakan salah satu factor penyebab. Ada yang kerap
terjaga, ada yang tidur lewat. Dibawah ini terdapat 10 tips bagi anda yang
mempunyai masalah tersebut:
1.
Tidur
yang berjadual – Jika anda biasa tidur pada pukul 9 malam, pastikan anda tidur
pada waktu tersebut untuk malam-malam berikutnya. Ini untuk memberikan tubuh
anda “kebiasaan” dam membuatkannya bersedia untuk tidur pada waktu tersebut.
2.
Jangan
melakukan senaman pada waktu malam kerana jantung akan mengepam darah dengan
lebih cepat dan anda tidak boleh tidur.
3.
Jangan
makan atau minum terlalu banyak sebelum tidur. Anda hanya boleh mengambil
makanan ringan sahaja dan seeloknya berhenti makan 2 jam sebelum tidur.
4.
Jauhi
alcohol, nikotin dan kafein 5 hingga 6 jam sebelum tidur.
5.
Bagi
anda yang bekerja waktu pejabat, biasakan tidur pada waktu malam sahaja. Ambil
rehat satu jam maksimum pada waktu siang dan jangan tidur selepas pukul 3
petang.
6.
Pastikan
bilik tidur anda mempunyai system pengudaraan yang baik. Jika boleh, biarkan
tingkap terbuka sedikit untuk membolehkan udara masuk.
7.
Sebelum
tidur, mandi menggunakan air suam, baca buku atau mendengar muzik kegemaran
yang bernada lembut.
8.
Cuba
sapukan krim pelembap pada bahu, leher dan kaki untuk meredakan tekanan pada
siang harinya.
9.
Jangan
mengharapkan pada ubat-ubatan atau dadah untuk melegakan insomnia. Pengambilan
teh atau susu suam bersama madu adalah
lebih baik.
10.
Ketika
tidur pada malam hari, letakkan kaki pada bantal yang lembut. Ini dapat
melegakan keletihan dan mendapatkan tidur yang lena.
nice share.. tapi lecturer pha is cakap, seorang student yg tidur cukup 8 jam sehari bukanlah seorang student yg baik.. hehehe
ReplyDelete:-)..ada orang boleh tido lama, ada orang boleh tido sekejap je tapi segar..sama jugak ada orang boleh belajar kat tempat bising, ada orang tak boleh nak belajar..tu atas diri masing2 dan kelebihan atas penjagaan kesihatan diri masing2..:)
Delete