expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday 15 May 2012

Fakta: Rahsia Alam (Bahagian II)




Itik yang berada diluar kumpulan tidur dengan sebelah mata terbuka tetapi yang berada ditengah pula dengan penuh yakin menutup kedua-dua belah mata.


Anjing mempunyai 100 ekspresi muka yang berbeza, kebanyakkannya dibuat dengan menggunakan telinga. Malangnya baka ‘bulldog’ dan ‘pit bulls’ Cuma ada 10. Oleh itu, mereka mudah disalah interpretasi oleh anjing-anjing lain menyebabkan perkelahian.


Seekor lembu betina boleh mengeluarkan lebih kurang 200,000 gelas susu semasa hayatnya.


Seekor kucing boleh berlari kira-kira 20 kilometer sejam (12 batu sejam) apabila ia matang.


Diet panda ialah 99% buluh.


Deria rasa rama-rama di kaki belakangnya.


Sekiranya ekor kanggaru diangkat, ia tidak boleh melompat sebab ekornya berfungsi untuk mengimbangkannya.


Haiwan darat yang paling pantas di dunia ialah cheetah. Kelajuan yang boleh dicapainya ialah 60-70 batu per jam (110km/jam).


Cengkadak hanya mempunyai satu telinga.


Hanya nyamuk betina yang akan gigit kerana protein dari darah diperlukan untuk pengeluaran telur.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com