expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday 25 May 2012

Harga petrol naik 42 sen di India


















PENUNGGANG motosikal menunggu giliran mengisi petrol di Ahmadabad susulan pengumuman kenaikan harga minyak di India kelmarin.


NEW DELHI, India - Harga petrol naik mencecah 7.5 rupi (42 sen) seliter di India berkuat kuasa semalam.


Ia kenaikan harga bahan api itu yang tertinggi di India dalam tempoh satu dekad.


Harga baharu petrol tersebut dikuatkuasakan di sini dan beberapa bandar raya lain di negara berkenaan.


Beberapa syarikat minyak utama India memberitahu, kenaikan itu perlu bagi menampung kerugian akibat pelaksanaan harga subsidi, peningkatan harga minyak antarabangsa dan penurunan nilai mata wang rupee.


India mengimport lebih tiga perempat keperluan minyak mentah negara tersebut. - AFP

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com