expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday 25 May 2012

Pengasas Facebook dituduh tipu pelabur




NEW YORK: Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg disaman sebanyak $1.8 bilion (RM9 bilion) kerana didakwa menipu pemegang saham selepas pengapungan saham syarikat itu di pasaran saham yang mengecewakan. 


Zuckerberg dituduh memberi amaran kepada pelabur besar mengenai ramalan harga saham itu jatuh, tetapi tidak memaklumkannya kepada orang awam. 


Ini membolehkan beberapa pelabur tertentu menjual saham Facebook mereka sebelum harga jatuh sementara yang lain melihat saham mereka merosot sebanyak sepertiga daripada nilai sebelum itu. 


Saman itu difailkan di New York terhadap Zuckerberg dan eksekutif kanan Facebook oleh syarikat guaman Amerika Syarikat, Robbins Geller. 


Zuckerberg menjadi antara orang paling kaya di dunia pada usia 28 tahun apabila saham Facebook diapungkan Jumaat lalu.


Bagaimanapun, saham itu, jatuh dari $29 (RM145) Jumaat lalu kepada $20 (RM100) minggu ini. 


Saman berkenaan yang difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di Manhattan kelmarin, mendakwa defendan secara sulit memberitahu beberapa pelabur terpilih mengenai kebimbangan mereka, membolehkan pelabur terbabit mengelak daripada membeli atau menjualnya secepat mungkin pada harga yang baik selepas pengapungan itu. - DM

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com