expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, 13 May 2012

Jus Tembikai Menegangkan Kulit




Memiliki wajah tegang merupakan dambaan setiap wanita terutamanya yang usianya kian meningkat. 


Pelbagai produk di pasaran menawarkan bantuan agar impian ini dapat dicapai. 


Dalam masa yang sama, ada kaedah atau petua yang lebih mudah untuk mengekalkannya. 


Caranya ialah dengan hanya menyediakan buah tembikai yang kemudiannya dikisar menjadi jus. 


Setelah itu, toskan dan sapukan pada wajah. Biarkan buat seketika iaitu antara 10 sehingga 15 minit sehingga ia kering dengan sendirinya. 


Petua ini digalakkan diamalkan sebanyak tiga kali dalam seminggu.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com