expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 13 May 2012

Truvada, ubat cegah HIV disokong pakar AS





CALIFORNIA - Untuk pertama kali, panel terdiri daripada pakar kesihatan di Amerika Syarikat menyokong penggunaan ubat yang didakwa boleh mencegah jangkitan HIV dalam kalangan orang sihat.


Panel Kesihatan itu menyarankan pil penggunaan harian, Truvada untuk diambil oleh mana-mana individu yang dianggap berisiko tinggi dijangkiti virus Aids tersebut.


Bagaimanapun, beberapa pekerja kesihatan dan kumpulan aktif dalam komuniti HIV menentang kelulusan ubat itu.


Pengambilan Truvada bersama  untuk pesakit HIV positif telah diluluskan oleh Pertubuhan Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA) bagi pesakit HIV positif yang diambil bersama ubat antiretroviral.


Kajian pada 2010 menunjukkan Truvada dihasilkan di California boleh mengurangkan risiko jangkitan HIV dalam kalangan lelaki homoseksual dan pasangan heteroseksual yang sihat serta penghidap HIV positif dalam kebarangkalian antara 44 dan 73 peratus.


Difahamkan, beberapa pihak yang membantah penggunaan ubat itu kerana khuatir pengguna mungkin akan percaya 100 peratus dan berasa diri mereka selamat sepenuhnya daripada jangkitan virus sindrom kurang daya tahan penyakit tersebut jika mengambil Truvada.


Mereka juga bimbang kos yang tinggi akan menyebabkan kos pembiayaan menghasilkan ubat itu terhad.


Wakil Yayasan Penjagaan Kesihatan Aids, Joey Terril yang membantah kelulusan pengambilan Turvada berkata, mereka (pihak berkenaan) perlu meneliti kesan pengambilan ubat tersebut dalam masyarakat.


Dalam satu kenyataan, jururawat Karen Haughey memberitahu panel bahawa
"Ubat itu perlu diambil setiap hari, sepanjang masa dan pengalaman saya sendiri sebagai jururawat mengandaikan ia mungkin sukar untuk diamalkan," jelas jururawat Karen Haughey.


FDA dijangka membuat keputusan berhubung perkara tersebut pada 15 Jun depan.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com