expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday 24 May 2012

Kelate.Net anjur rombongan ke Pasir Gudang



KELAB Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.Net) akan menganjurkan rombongan ke Pasir Gudang sempena perlawanan Liga Super membabitkan pertemuan Johor FC menentang Kelantan, Sabtu ini.


Urusetia penganjur, Rosdi Mohd Hassan berkata, rombongan tersebut terbuka kepada penyokong setia The Red Warriors yang tinggal di kawasan Lembah Kelang.


“Bayaran dikenakan RM60 setiap orang termasuk tiket perlawanan. Akan berkumpul menaiki bas di perkarangan Stadium Hoki, Bukit Jalil sebelum bertolak ke Pasir Gudang jam 1 petang pada hari perlawanan tersebut.


“Masih ada kekosongan tempat duduk kepada mana-mana penyokong Kelantan yang berminat. Tarikh tutup penyertaan ialah sebelum atau pada Jumaat ini,” katanya.


 Menurut Rosdi, mereka berminat boleh hubungi beliau di talian 013 – 268 1858 atau Azra Mohd Zain (019 – 246 4811) bagi urusan pendaftaran.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com