KELANTAN
membenam cabaran Terengganu dengan keputusan 3-2 untuk layak ke suku akhir
sekali gus menyingkirkan skuad Penyu dalam saingan pusingan kedua Piala AFC.
Perlawanan
Kelantan menentang Terengganu malam tadi terpaksa ditangguhkan selama 30 minit
berikutan hujan lebat di Stadium Sultan Muhammad IV.
Pada separuh
masa pertama, Kelantan mendahului Terengganu 3-0 hasil jaringan berganda
Norfarhan Muhammad pada minit ke-2 dan minit ke-18
Mohd Rizal Fahmi menceriakan penyokong tuan rumah dengan menambah gol untuk Red Warriors pada minit kecederaan sebelum separuh masa pertama.
Mohd Rizal Fahmi menceriakan penyokong tuan rumah dengan menambah gol untuk Red Warriors pada minit kecederaan sebelum separuh masa pertama.
Separuh masa kedua, pemain tengah skuad Penyu, Ismail Faruqi Ashaari menjaringkan gol pada minit ke-56.
Terengganu
kembali bangkit menerusi sepakan penalti penyerang import Liberia, Francis
Forkey Doe pada minit ke-81, Kelantan yang beraksi tanpa tiga tonggak Indra
Putra Mahyuddin, Norshahrul Idlan Talaha dan S.Chanturu beraksi dalam keadaan
padang yang basah memusnahkan hajat anak-anak buah Peter Butler untuk layak.
Hasil kemenangan ini jelas memberi kegembiraan kepada jurulatih, Bojan Hodak dan para penyokong selepas layak ke suku akhir, apatah lagi selepas menjulang Piala FA dengan menewaskan Sime Darby pada Sabtu lalu.
No comments:
Post a Comment